Selasa, 10 Mei 2016

assalamualaikum
seperti biasanya apabila kita buat sesuatu ada ramai yang mengkritik. sikap open to suggestion itu penting tetapi bila kita tetap dengan sikap suka mengkritik, why not this, why not that maka kita sebenarnya mengkritik kelemahan diri kita.
cadangan atau suggestion yang sebenar ialah untuk manafaat semua , bertujuan menambah baik bukan menghalang .

Ahad, 9 Ogos 2015

blogging like hell

hari ini kita sentuh tentang hati
masalah hati masalah sikap , theres a fine line between tegas and mengada ngada , point nya mudah je
ketegasan adalah perlu dalam menegak kan apa yang kita fikirkan benar, berhujah dalam mejelaskan kefahaman , tapi apakah kefahaman dan pemikiran kita adalah yang paling tepat dan benar? disinilah perlunya apa yang dipanggil TOLERANSI
apa apa pun yang melampau adalah tidak elok , termasuk juga toleransi, jika terlampau toleransi maka kita akan hidup tanpa garis panduan yang sebenar.
code of life
etika kehidupan
semua ini telah dajarkan oleh sebaik baik manusia yang sepatutnya menjadi contoh dan taulandan bagi seluruh alam
Katimul Anbia Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam .

Rabu, 28 Januari 2015

just a bit of thought

found a website that did your numerology calculation  today , and to be frank , the reading is almost accurate , that some of the things i have seen in my life revolved around EMPATHY .

I just cant accept the fact that i am an emphatical  person , cos some of the thing have done is truly selfish ...

the i guess the reading is wrong
hahahhahahhahha

welcome to the real world

Sabtu, 3 Januari 2015

Meniti perjalanan

selamat tahun baru 2015 

kiranya telah  setahun lebih blog ini tidak di update 

semuanya kerana tiada masa dan agak sibuk dalam melaksanakan pelbagai tanggungjawab 

2015 

bagi penulis adalah aras baru dalam kehidupan penulis , 1976 - 2015 bersamaan 39 tahun hidup didalam dunia yang fana ini 

hakikat kehidupan abadi mula menjadi perhatian 

adakah cukup bekalan yang dibawa.

pada tarikh entri ini ditulis merupakan hari yang amat besar significant nya  kepada umat islam iaitu hari kelahiran Junjungan besar Khatamun Nabiyin Muhammad ibni Abdullah sallalahu ailahi wassalam 

penulis tidak ingin membandingkan perjalanan dan perjuangan yang dihadapi oleh Baginda dengan apa yang telah penulis lalui kerana apa yang penulis hadapi tidaklah sebesar debu pun jika dibandingkan dengan apa yang telah Baginda lalui 
namun apa yang telah Baginda lalui adalah sebagai satu tauladan dihati seorang manusia yang memperjuangkan SYAHADAH 

Wallahu alam 

Ahad, 4 Ogos 2013

Kesaktian dan Kesaksian

Entri kali ini elok saya ceritakan tentang perjalanan saya sendiri , sebab nak bercerita pentang perjalanan orang lain , matlamat dan tujuan nya hanyalah sekadar berkongi agar perjalanan orang lain tidak perlu melalui kepayahan dan kesesatan yang telah saya lalui.

Seperti mana kebanyakan anak anak muda di Batu Pahat kami dibesarkan dengan kisah kependekaran dan kepahlawanan tentera Selempang Merah , dan almarhum datuk saya sendiri adalah salah seorang dari mereka.

Mungkin darah mistik yang ada pada beliaulah yang menjadikan saya seorang yang sukakan perkara kebatinan.

Seawal usia 13 tahun saya telah menamatkan persilatan warisan keluarga (agak2 lupa juga ) sebab tidak diamalkan .

Semenjak itu usahah saya tertumpu kepada pencarian KEHEBATAN , pada waktu itu tidak hiraukan sisi apa pun , sebab siapa pun guru yang saya temui semuanya menyuruh kepada kebaikan dan melarang menyalah gunakan ilmu.

Saya pernah bertapa dialam lubuk, tinggal dihutan , dan pelbagai perkara pelik pelik kerana memburu KEHEBATAN dan KESAKTIAN

segala galanya berjalan tanpa sebarang masalah berat selama bertahun tahun, hinggalah pada suatu ketika apa yang saya pelajari terpaksa digunakan.

Adat anak muda bergaduh kerana sebab sebab yang tidak munasabah , begitu juga saya, namun satu peristiwa membuatkan saya agak tersentuh .

Kisah ini berlaku apabila saya cuba menolong seorang kawan yang dikepung puluhan orang , terus terang saya katakan saya tak ingat apa apa bila benda itu terjadi , tiba tiba saya didatangi amuk, dan menurut kata kawan kawan yang lain saya berada dalam satu stage trance atau menurun .

Akibatnya saya telah memukul hingga koma seorang remaja lelaki dalam lingkungan umur 13 atau 14 tahun.
(kes ini telah pun diselesaikan secara baik oleh almarhum datuk )

namun kesan dari peristiwa itu amat menyentuh perasaaan , apa terjadi sekiranya remaja itu meninggal dunia?

selepas itu saya nekad meninggalkan dunia KEBATINAN dan mula memburu ilmu kerohanian , namun jiwa mistik tetap tebal , maka yang dicari pada kali ini juga agak tersasar .

Saya mula diperkenalkan dengan ilmu pukulan jarak jauh , dan juga ilmu rawatan . tetapi hati masih tidak merasakan ini adalah jalan yang paling baik, pastinya ada yang lebih tinggi.

Pada awal tahun 1999 saya terbaca satu iklan di majalah beladiri tempatan , dari sebuah perguruan yang menawarkan kursus dan pekerjaan tetap sebagai Jurulatih silat .... entah kenapa saya rasa terpanggil dengan iklan tersebut.

maka bermulalah perjalanan saya ke Kuala Lumpur , yang belum pernah saya jejaki sendirian , hanya keranan sebuah iklan

Setelah setahun ujian demi ujian menimpa dalam pelbagai bentuk , namun bila berada di Pusat Latihan di Bukit Tinggi Bentong Pahang jiwa saya rasa tenteram dan aman .


Akhirnya saya temui apa yang saya cari .... bukanlah kebatinan, bukan  kehebatan dan kesaktian tetapi KESAKSIAN bahawa :

Hanya Allah Yang Layak disembah dan Muhammad itu Pesuruh Allah.