Putra ialah singkatan kepada perubatan tenaga rohaniah dan alam. Ia diasaskan oleh TKS Datuk Paduka DR Azam Zulkifli berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah beliau pelajari. Kaedah rawatan ini adalah kedah rawatan tanpa sentuhan yang mana aliran tenaga dari tubuh perawat akan dialirkan kedalam tubuh pesakit , tenaga itu diolah dalam pelbagai bentuk dan kegunaan dan biasanya ia di olahan dalam bentuk penyembuhan.
Penyembuhan mengikut pandangan pengamal PUTRA ialah membangkitkan sistem pemulihan diri individu tersebut. Sekaligus pemulihan dengan cara PUTRA ialah cara yang paling semula jadi.
Tenaga terdapat disekeliling kita dari pelbagai punca dan manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi mampu menggunakannya untuk pelbagai tujuan dan cara. Apa yang perlu dilakukan hanyalah membuka beberapa kunci yang menghalang diri manusia itu dari menggunakan segala tenga di alam semesta
Cara yang paling popular pastinya dengan amalan dan ritual tertentu seperti meditasi , bacaan mantra dan lain lain. Cara ini sebenarnya hanyalah membangkitkan apa yang dinamakan tenaga kebatinan seseorang itu. Dengan cara ini manusia masih belum mampu menggunakan tenaga Alam semesta. Ini kerana manusia itu belum mampu berkomunikasi dengan Alam semesta.
Komunikasi dengan alam ini hanya mampu dilakukan oleh mereka yang melepasi tahap minda bawah sedar. Segala kelebihan minda bawah sedar sebenarnya hanyalah cebisan dari sesuatu yang teramat hebat.
Cara mencapai tahap ini biasanya dilakukan sendiri oleh pengamal namun ia mengambil masa yang agak panjang.
Kaedah lain ialah pembukaan makam tenaga, kaedah ini dijayakan dengan memberi sedikit kejutan kepada makam tenaga tersebut , kejutan ini akan menghasilkan tenaga yang akan menggerakkan makam itu supaya aktif. Makam tenaga atau cakra ini telah banyak dibahaskan di pelbagai forum dan adalah sesuatu yang diperakui dan digunapakai oleh semua bangsa dan aliran.
PUTRA menggabungkan kaedah pernafasan tenaga dalam untuk menjana kekuatan dari tenaga hayat , meditasi dan ritual untuk mengunakan tenaga alam semesta dan rohaniah.
Meditasi yang dilakukan ialah meditasi melayu purba satu seni yang tidak terkenal kerana disimpan sebagai rahsia oleh pengamal pengamalnya.
Gabungan tiga jenis tenaga ini mampu menerbitkan satu kekuatan yang mampu merangsang sistem pemulihan tubuh ketahap super.
Suatu waktu dahulu seni meditasi melayu dikaitkan dengan pertolongan tenaga ghaib makhluk halus seperti jin dan juga lain lain semangat. Ia dikatakan satu kaedah yang terlalu banyak bercampur unsur tahyul dan mitos.
TKS Datuk Paduka Dr Azam adalah mahaguru pertama yang cuba mengkaji sistem purba ini dan memberikannya beberapa penerangan yang mungkin sesuai dengan pemikiran masyarakat morden.
Antaranya ialah kaitan perlakuan dan kebolehan paranormal dengan tahap penguasan kesedaran minda.
Perincian tenaga. Pintu pintu tenaga pada tubuh manusia, semua ini di garap sebahagianya didalam pelajaran PUTRA.
Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini PUTRA adalah kaedah rawatan tampa sentuhan, tenaga dipindahkan dari jarak jauh tanpa perlu menyentuh tubuh pesakit. Kaedah ini membolehkan pengamal PUTRA menyisihkan aura negatif dan menggantikanya dengan unsur positif. Tenaga yang dialirkan bukanlah bertujuan memulihkan tetapi lebih kepada penyisihan tenaga negatif yang menghalang penyembuhan semula jadi didalam tubuh. Tenaga yang dialirkan kedalam tubuh pesakit itu juga bertujuan merangsang sistem tubuh supaya berfungsi dengan normal.
Keseimbangan ini lah kunci kepada kesihatan seseorang.
Dengan gabungan tenaga hayat rohaniah dan alam semesta tadi pengamal PUTRA juga mampu mempunyai mata ketiga yang mampu mengimbas tenaga negatif.
Tenaga negatif ini kadangkala disalah ertikan sebagai hantu atau syaitan. Bagaimanapun kadangkala kita tidak mampu menolak bahawa adanya pengaruh element tidak diketahui yang secara mudahnya dikenali sebagai makhluk halus. Namun adalah sukar sebenarnya untuk menilai kes paranormal sebenar dan juga halusinasi atau masalah minda.
Kadangkala berlaku gangguan pada sesuatu tempat seperti penampakan bayangan yang menakutkan dan lain lain sedangkan ianya hanyalah memori tempat itu terhadap sesuatu perkara buruk yang pernah berlaku. Ianya bukanlah hantu.
Kes paranormal sebenar seharusnya menepati beberapa ciri ciri dan disinilah terletaknya cabaran bagi sesorang pengamal rawatan alternatif.
Gabungan tenaga alam, hayat dan roh yang dikuasai pengamal PUTRA adalah salah satu cara menilai adakah laporan kes paranormal itu benar benar paranormal atau hanya sekadar halusinasi atau memori tempat.
Bagaimanakah gabungan tiga tenaga itu dapat membezakan kes paranormal sejati , serba sedikit diterangkan sekadar yang diizinkan oleh guru ( kami orang melayu masih lagi mengamalkan budaya mentaati guru)
Gabungan tiga tenaga itu tadi mampu membawa manusia itu ketahap kesedaran yang lebih tinggi dari kesedaran bawah sedar, pada tahap itu manusia tersebut mampu berkomunikasi dengan alam. Dan gangguan dari alam lain ( makhluk ghaib) dapat dikesan.
Kebolehan ESP ini sebenarnya ada didalam setiap manusia , dan setiap manusia mampu menggunakanya.
Seperti mana yang telah dinyatakan tadi PUTRA adalah hasil dari kaedah Meditasi Melayu Purba, ianya tidak dapat dipisahkan, Meditasi Melayu Purba adalah pokok, PUTRA hanyalah salah satu dari cabangnya. Bagi mereka yang berminat dengan rawatan. Pengkhususan bagi pengamal putra ialah rawatan penyakit moden dan paranormal.
Bagi masyarakat timur sihir dan ilmu hitam masih menjadi amalan dan adalah tidak bijak bagi seseorang untuk menolak bahawa wujud satu aliran yang mempergunakan tenaga alam semesta dengan pertolongan makhluk ghaib kearah kerosakan dan kebinasan.
Peperangan antara baik dan jahat berlaku sejak dulu , bahkan ia berlaku setiap detik didalam diri setiap insan.
Hukum alam ialah setiap sesuatu terdiri dari unsur positif dan juga negatif.