Tempatnya terpencil sedikit namun bagi mereka yang melalui jalan lama ke Bentong pastinya tertanya tanya apakah disebalik pagar zink berwarna biru disekitar batu 18 selepas pekan Bukit Tinggi.
Tempat itu ialah perkampungan budaya dan juga pusat latihan tertinggi bagi perguruan Gayong Maarifat Malaysia.
Sebenarnya pusat latihan itu telah lama wujud, ia mula dibuka pada tahun 2000,
Sehingga kini ia menjadi nadi kepada pembangunan Gayong Maarifat dimana disinilah tempatnya para jurulatih digilap.
Semenjak tahun 2000 pusat latihan ini telah berjaya melatih puluhan jurulatih yang secara langsung menyumbang kepada perkembangan Gayong Maarifat diseluruh Malaysia.
Dengan kemudahan prasarana yang serba kurang kebanyakan pelatih yang mendaftar di pusat latihan ini akan menghadapi sedikit kesulitan dalam keselesaan, namun ianya adalah sebahagian dari latihan mental sebagai persiapan untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang berwibawa dan tabah.
Pelbagai usaha telah pun dijalankan untuk mengumpul dana bagi menambah baik prasarana di pusat latihan ini namun sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan adalah amat sukar bagi pihak persatuan untuk mengumpul modal secukupnya.
Usaha terbaharu ialah percubaan membangunkan sebuah asrama berkapsiti 200 orang yang telah pun 20% siap namun terpaksa di tangguhkan kerana kekurangan dana.
Asrama berkapasiti tinggi ini diharap dapat menyelesaikan pelbagai masalah termasuk penginapan ahli yang kerapkali hadir untuk program program persatuan peringkat kebangsaan
Pada tahun ini pengambilan baru bagi jurulatih telah dibuka pada awal Januari dan seperti yang dijangkakan sambutan amatlah mengharukan.
Mungkin kerana pengalaman lepas dari mereka mereka yang mengundur diri dari latihan peringkat pusat menyebabkan timbul rasa risau dan takut dikalangan ahli untuk mengikuti latihan jurulatih sekaligus menjadi pekerja sepenuh masa dengan persatuan.
Tidak dinafikan masalah kewangan adalah masalah utama yang membelenggu Persatuan dari awal penubuhanya pada tahun 1990 hingga kini, namun ramai dikalangan ahli yang menjadi pekerja sepenuh masa dengan persatuan mampu hidup dengan sempurna , berumah tangga dan beranak pinak.
Sepanjang yang diketahui belum ada dikalangan mereka yang tidak makan atau kebulur , namun pelbagai khabar angin yang bukan bukan telah terlebih dahulu sampai ke telinga telinga ahli menyebabkan ramai yang beranggapan adalah satu pengorbanan yang sia sia apabila menjadi pekerja penuh persatuan.
Dinyatakan sekali lagi pengambilan baru bagi latihan kejurulatihan peringkat kebangsaan telah dibuka semenjak awal tahun dan bagi mereka mereka yang berminat adalah dialu alukan.