Jumaat, 11 Mei 2012

Kebatinan Melayu dan Islam

Ramai yang bertanya relevankah ilmu kebatianan dan kerohanian didalam kehidupan masyarakat moden, sebagaiman mereka bertanya perlukah silat didalam masyarakat moden.

Jawapan nya tepulang kepada individu terbabit, jiuka dia merasakan ia relevan maka relevan la ia , jika tidak maka tidak lah ia

Bagi saya Ilmu kerohanian dan juga persilatan masih relevan kerana semakin kemajuan mengejar manusia semakin kita perlu kembali kepada asal usul.

Mungkin ramai yang kurang jelas tentang ilmu kerohanian dan juga kebatinan, puak-puak yang paranoid terus melabelkan apa sahaja yang berkenaan dengan kebatinan baik silat, atau tarikat sufi adalah sesat.

Bagi saya mereka tidak bersalah kerana mereka disogok oleh kisah kisah yang buruk melalui media, tetapi media juga tidak boleh dipersalahkan keranan mereka mengejar rating dan juga jualan.

Jadi yang bersalah adalah diri manusia itu sendiri kerana malas mencari, malsa belajar dan memahami.

Pada akhir kurun ke 14 atau mungkin lebih awal dari itu Islam telah mula disebarkan di Nusantara oleh para pedagang dan para pendakwah , dan yang popular tentulah Wali 9 ditanah Jawa.

Masyarakat Tanah Jawi memang terkenal dengan ilmu kesaktian (melalui pengaruh Hindu dan Animisme ) , para pendakwah menghadapi tugas yang amat sukar untuk mengikis kepercayaan yang telah berakar umbi dihati masyarakat itu.

Jika dibaca kisah kisah Wali 9 kita dapati banyak unsur kesaktian yang dipamerkan oleh para Wali tersebut untuk tujuan berdakwah dan merekalah pelopor kepada ilmu kebatinan Islam, semua ini bertujuan untuk membuktikan kepada masyarakat diwaktu itu bahawa Allah lebih hebat dari segala tuhan yang pernah mereka sembah dan melalui Islam mereka boleh menjadi lebih hebat dibandingkan dengan ilmu sihir yang mereka pelajari.

Jadi apa relevan nya dengan dunia sekarang , jawapan nya sama sahaja , manusia sekarang dan manusia kurun ke 14 sama sahaja, jika dahulu manusia bertuhan kan berhala dan semangat semangat kini manusia betuhankan akal,

Mari kita lakukan satu ujikaji jika tidak percaya, mari kita pergi ke pelusuk kota yang mana manusianya sibuk dengan urusan mengejar RM/RP/USD dan lain lain singkatan kepada duit, wang, money.
Mari bercerita dengan mereka tentang kebesaran Allah dan tentang rezki itu ditangan Allah , apa akan berlaku?

Hakikatnya sekali lagi cabaran bagi para pendakwah atau orang yang diamanahkan untuk menyampaikan ini ialah membuktikan kekuasaan Allah bukan kepada diri mereka tetapi kepada orang lain, jika dahulu kepada mereka yang tidak tahu sekarang kepada mereka yang lupa dan tak ambil tahu.

Tetapi , jika pada kurun ke 14 penzahiran perkara mencarik adat terus dikaitkan dengan TUHAN sekarang ini perkara mencarik adat automatik dikaitkan dengan JIN, seolah oleh JIN lebih hebat dari Allah. dan tiada perkara mencarik adat itu melainkan dengan pertolongan JIN  belaka.

Bagimana hendak membuka mata masyarakat moden dari sikap ini adalah satu lagi cabaran.

Dan satu lagi cabaran bagi para daie zaman moden ialah wujudnya cabaran dari unsur subersif yang memang bertujuan menjahankan Isam dari dalam, organisasi yang cantik pada zahirnya tetapi hakikatnya membawa kepada kehancuran.

Agen agen Dajjal ini telah banyak menguasai pertubuhan pertubuhan agama dan mereka mereka yang berkuasa dan hasilnya ilmu Tauhid sendiri didalilkan sebagai sesat.

Tanpa Tauhid maka iman itu hanyalah nama di sekeping kad bernama Mykad , solat dan ibadah hanyalah ritual tanpa jiwa.

Cuba tanya 10 orang kenapa mereka solat (kalau mereka solat la)

Kita renung renungkan bersama adakah iktikad kita ini iktikad yang putus ?

Atau kita bersyahadah kerana penyaksian yang putus atau  kerana ibu bapa , kawan kawan, guru guru sekolah dan bangsa kita bersyahadah.







Jumaat, 4 Mei 2012

Manusia dan sikap

Manusia ramai yang kalut dengan apa yang mereka tidak faham.
dan yang paling penting ramai yang mebuat kesimpulan terhadap apa yang sebenarnya bukan bidang mereka , dengan erti kata lain profesor linguistik memberikan kesimpulan terhadap pemasalahan reaktor nuklear.

Dua dunia yang berbeza dan hampir selalu setiap manusia cuba untuk memberi pandangan dan pendapat yang bertepatan dengan naluri dan nafsu mereka sedang hakikatnya pendapat itu hanya benar untuk diri sendiri.

Ada satu quotation yang pernah penulis baca , tetapi lupa dimana, tetapi penulis masih ingat sampai sekarang
" there will always be an eskimo keen to instruct the Congolese how to coup up with the heat wave "
kelakar kan...
Tapi itu lah hakikatnya, kadang kadang cabang ilmu itu berkait , tetapi tidak membolehkan seseorang itu berbahas tamapa mendalami cabang ilmu yang dibahaskan.

Adalah menjadi celaru sekiranya pakar Fekah membahaskan usul Tauhid.

Bila diserahkan tugas kepada seseorang yang bukan pakar maka nantikan lah kehancuran nya