Rabu, 12 Oktober 2011

Soal Hati


Pada bulan febuary tempohari aku diberi cuti panjang ,aku mampu berehat sebagai orang biasa yang tak punya apa apa tanggungjawab melainkan kepada diri dan keluarga.
jika difikirkan perasannya memang amat pedih, masalahnya bukan sebab kenyataan tetapi kerana sikap, bagaimana anak yang dididik tiba tiba meludah muka anda kembali.
tetapi aku bahagia dengan keadaan hidup tanpa tanggungjawab, aku tak perlu fikir tentang kerenah dan pening kepala mentadbir.
namun kedamaian dalam percutian yang aku rasa kekal rupanya tak sampai kemana.
sekali lagi aku diberi tugas, kali ini ke pantai timur pula,
namun aku risau, sebab ramai orang yang sebenarnya inginkan aku "pergi jahanam" dan 'pergi mati'
mampukah aku membawa kebaikan sedangkan aku adalah Dewa Kesesatan.
mampukah aku memikul tanggungjawab ini, sedangkan aku adalah makhluk hina yang berdosa.
sebenarnya aku sedar kenapa mereka inginkan aku 'pergi jahanam' jika difikirkan bukan semata mata kerana ajaran kesesatan yang aku bawa tetapi kerana imej dewa kesesatan yang mereka nampak.
manalah mampu untuk aku menolak sesuatu yang tidak ku pinta, ramai orang yang kata aku gila kuasa. kenapa aku berada disini adalah kerana aku tak mahu orang lain jadi macam aku.
tapi orang kebanyakannya nak mengikuti aku tapi aku balik dipersalahkan kerana menjadi diri aku sendiri, kerana melalui perjalanan kehidupan aku sendiri,
aku berada didalam dilema dua pilihan ,
antara kau terus jadi diri aku atau aku harus jadi munafik?
maka aku pilih jalan yang aku rasa dan pasti benar...
Demi Allah Yang Maha Agung aku akan tetap dengan diri aku yang sebenar, kalau mereka kata pakai kopiah , pakai serban , aku kata jika benda tu wajib insyaalah aku pakai.
Sesungguhnya bagi mereka yang mengenal aku 15 tahun yang lampau macam tu juga sekarang, pakaian tidak mungkin dapat menjadikan seseorang itu lebih baik dari yang lain, pandangan mulia hanya pada sisi manusia manusia munafik.
Tingkat amal dan Iman hanya diketahui oleh Allah...
... disamping itu berlaku hal yang jika para munafik ini berada ditempat ku pastinya mereka akan kata guru utama sesat....
sejujurnya aku juga berada dipersimpangan selama beberapa hari, memikirkan dan menelah serta bertafakur dan munajat kepada Allah, apakah aku berada dijalan yang benar,
Maka jawapannya , aku setia pada yang Satu , Yang Esa, ...jalan perjuangan ku ialah Nur Syahadah, dan tapak perjuangan ku ialah Gayong Maarifat.
Jadi Guru akan silih berganti tapi perjuangan tetap terus, aku nak membenci atau meragui beliau? aku bukan orang yang tak kenang jasa, ku ulang sekali lagi aku bukan orang yang tak kenang jasa.
satu ciri yang pada aku tak da pada hati para munafik.

Who Are you.......... im a slave
why are you here.....to do whatever My Master and Creator bid me to do
where are you to go..Immortal life ..
Innalilahi wa inna ilahi rajiun.

Wallahu alam


Khamis, 6 Oktober 2011

hikayat Tanpa Tajuk Part 2

Hikayat kitab tanpa tajuk

bahagian kedua

suria terbenam diufuk barat

langkah disusun semakin berat

membawa duka yang kian sarat

cuba terima takdir tersurat


Panglima Bayu gagah perkasa

terkenal sifatnya taat dan setia

teguh menjunjung segala kata

walaupun berat akan dikota


hakikat dirinya manusia biasa

tiada terlepas perasaan cinta

rela berkorban kerana kasihnya

dan itulah yang berlaku kepada dirinya


Panglima Bayu terkorban sudah

tiada mampu mencegah balah

negara aman bermandi darah

namun sang Puteri tiada endah


Bila terkenang pujaan hati

kalung dileher bagaikan sakti

permata bersinar tiada seri

bagai bersedih sama se hati


negara gagah dahulu megah

kini terus menumpah darah

keamanan hanya pada yang gagah

yang lemah pula terpaksa pasrah


Sinar Syahadah sudah dilupa

rayat jelata kembali leka

kembali menyembah mengharap pula

kabus yang gelap menutup mereka


Sang Puteri masih berkabung duka

makan dan minum juga dilupa

terkejut bila muncul gurunya

Petapa Agung guru tercinta


“wahai anaknda puteri gagah,

pada janji mu lupa kah sudah,

negeri ini terus berbalah,

pulanglah anaknda mengambil kisah”


“paduka guru yang beta kasihi,

bukan anaknda terlupa diri

sekadar mengubat luka dihati

pedihnya sangat tidak terperi"


“wahai anaknda ingat selalu,

tak mampu kita mengundur waktu,

perkara terjadi telah berlaku,

mengapa mesti membuang waktu”


tiada berganjak walau dipujuk

masih mengikut hati merajuk

kesedihan tiada dapat disorok

hasrat dihati ingin mengamuk


Melihat puteri semakin gundah

Petapa Agung dapat menelah

dengan saktinya puteri pun rebah

hanya begitu musibah dicegah


sebelum puteri lena beradu

puteri bersumpah didalam kalbu

bangkitlah diriku didunia baru

lupa kan aku asal usulku.


Disuatu masa didunia berbeza

lahirnya puteri bukan putera

ayah dan bonda tetap terima

walau dihati rasa kecewa.


Puteri membesar bersama naluri

hingga remaja tiada mengerti

apakah maksud segala mimpi

setiap malam mendamping diri


diri terasa sesuatu yang tiada

naluri mencari meronta ronta

puas bersoal puas bertanya

jawapan yang pasti tiada juga


setelah diri meningkat dewasa

beralih dari alam remaja

mengerti diri amatlah berharga

Puteri Seri Dewi lahir semula


Lahirnya kini berkongsi jasad

diri sebenar tak dapat dilihat

sejarah hidup tiada diingat

hanya firasat yang tiada tepat


dirinya terus diulit sepi

mengapa terjadi tiada mengerti

resah gelisah setiap hari

cinta sejati masih dicari


disuatu sudut dunia yang sama

kisah yang lama telah dilupa

namun hatinya menyimpan rahsia

berharap selamat insan tercinta


hidup nya kini didunia baru

tidak lah lagi seperti dahulu

segala yang terbina menjadi debu

sirna bersama hembusan bayu


namun hati nya tetaplah teguh

mengembang syahadah menempuh geruh

cara sendiri menerapkan patuh

namun hati nya tiadalah rapuh


takdir berada ditangan tuhan

kehendakNya tak dapat ditahan

bertemu kembali dua insan

bagaikan sakti memenuhi impian...


hakikat berlaku tiada diduga

kalung pusaka kembali bercahaya

kesan pertemuan tiada dijangka

hikmah kembara merentas dunia


Segala kisah telah terurai

pertemuan kembali menyingkap tirai

hakikat diri kini terlerai

telah diramal si bijak pandai


kisah berterusan ....

hinggalah kepada suatu ketika dan masa ia dtamatkan oleh Allah Azawajalla, nukilan ini dari sebuah kisah tidak bernama dari sebuah kitab yang tidak bertajuk.

Hamba abadikan ia sebgai Hikayat Sang Puteri

Ahad, 2 Oktober 2011