Ahad, 4 Ogos 2013

Kesaktian dan Kesaksian

Entri kali ini elok saya ceritakan tentang perjalanan saya sendiri , sebab nak bercerita pentang perjalanan orang lain , matlamat dan tujuan nya hanyalah sekadar berkongi agar perjalanan orang lain tidak perlu melalui kepayahan dan kesesatan yang telah saya lalui.

Seperti mana kebanyakan anak anak muda di Batu Pahat kami dibesarkan dengan kisah kependekaran dan kepahlawanan tentera Selempang Merah , dan almarhum datuk saya sendiri adalah salah seorang dari mereka.

Mungkin darah mistik yang ada pada beliaulah yang menjadikan saya seorang yang sukakan perkara kebatinan.

Seawal usia 13 tahun saya telah menamatkan persilatan warisan keluarga (agak2 lupa juga ) sebab tidak diamalkan .

Semenjak itu usahah saya tertumpu kepada pencarian KEHEBATAN , pada waktu itu tidak hiraukan sisi apa pun , sebab siapa pun guru yang saya temui semuanya menyuruh kepada kebaikan dan melarang menyalah gunakan ilmu.

Saya pernah bertapa dialam lubuk, tinggal dihutan , dan pelbagai perkara pelik pelik kerana memburu KEHEBATAN dan KESAKTIAN

segala galanya berjalan tanpa sebarang masalah berat selama bertahun tahun, hinggalah pada suatu ketika apa yang saya pelajari terpaksa digunakan.

Adat anak muda bergaduh kerana sebab sebab yang tidak munasabah , begitu juga saya, namun satu peristiwa membuatkan saya agak tersentuh .

Kisah ini berlaku apabila saya cuba menolong seorang kawan yang dikepung puluhan orang , terus terang saya katakan saya tak ingat apa apa bila benda itu terjadi , tiba tiba saya didatangi amuk, dan menurut kata kawan kawan yang lain saya berada dalam satu stage trance atau menurun .

Akibatnya saya telah memukul hingga koma seorang remaja lelaki dalam lingkungan umur 13 atau 14 tahun.
(kes ini telah pun diselesaikan secara baik oleh almarhum datuk )

namun kesan dari peristiwa itu amat menyentuh perasaaan , apa terjadi sekiranya remaja itu meninggal dunia?

selepas itu saya nekad meninggalkan dunia KEBATINAN dan mula memburu ilmu kerohanian , namun jiwa mistik tetap tebal , maka yang dicari pada kali ini juga agak tersasar .

Saya mula diperkenalkan dengan ilmu pukulan jarak jauh , dan juga ilmu rawatan . tetapi hati masih tidak merasakan ini adalah jalan yang paling baik, pastinya ada yang lebih tinggi.

Pada awal tahun 1999 saya terbaca satu iklan di majalah beladiri tempatan , dari sebuah perguruan yang menawarkan kursus dan pekerjaan tetap sebagai Jurulatih silat .... entah kenapa saya rasa terpanggil dengan iklan tersebut.

maka bermulalah perjalanan saya ke Kuala Lumpur , yang belum pernah saya jejaki sendirian , hanya keranan sebuah iklan

Setelah setahun ujian demi ujian menimpa dalam pelbagai bentuk , namun bila berada di Pusat Latihan di Bukit Tinggi Bentong Pahang jiwa saya rasa tenteram dan aman .


Akhirnya saya temui apa yang saya cari .... bukanlah kebatinan, bukan  kehebatan dan kesaktian tetapi KESAKSIAN bahawa :

Hanya Allah Yang Layak disembah dan Muhammad itu Pesuruh Allah.

Khamis, 1 Ogos 2013

HALA TUJU PERJUANGAN


Sebelum anda semua meneruskan pembacaan.... sila jawab 3 soalan di bawah.
1- Siapa Kamu ?
2- Kenapa kamu disini?
3- Untuk apa kamu berada di sini?

Mari kita halusi apa yang tersirat dan tersurat. semua orang boleh berkata-kata,
 bermadah panjang berjela, keluarkan hadis dan dalil ayat Al-Quran 
tetapi betulkan kamu FAHAM dan MAMPUKAH kamu menjawab 3 soalan tadi?

Ramai orang bercerita tentang perjuangan dan pengorbanan, semua berkata Lillahita'ala...
hakikatnya, sejauh mana REDHA mu? bila DIUJI dengan secebis ujian...
kamu MELATAH...melompat ke sana ke mari membuka langkah.

Mari kita selusuri soalan pertama tadi:-
SIAPA KAMU?

Tidak perlu kita buka skop yang besar untuk jawapan bagi persoalan ini 
kerana kita berada di dalam kelompok jemaah pejuang yang unik. 
Adakah kamu akan menjawab PEJUANG ALLAH? 
jawapan itu terlalu umum dan terlalu luas. Jadi siapa kita? fikirkan....
. Sekarang kita bercerita dalam ruang persatuan dan jemaah Gayong Ma'arifat.

Mungkin jawapan penulis tidak sama dengan jawapan kamu kerana inilah jawapan penulis:-
AKU PEJUANG ISLAM, PENYEBAR SYAHADAH, PENERAP CAHAYA KEIMANAN KE JIWA INSAN MELALUI JALAN PERSILATAN.
AKU PENDUKUNG ADAB DAN ADAT MELAYU, PEWARIS DAN PENGEMBANG SILAT MELAYU SERTA SEGALA INTIPATINYA.
AKU ANAK GAYONG MA'ARIFAT!


Mengaku ANAK GAYONG MA'ARIFAT tetapi kenalkah kepada AYAH mu? apa SIFAT ayah mu? 

Layak dan wajarkah diri anak Gayong Ma'arifat tanpa kenal apa erti Gayong Ma'arifat?
 Apa sebenarnya yang diperjuangkan dalam Gayong Ma'arifat selama lebih 17tahun? 
Cubalah jawab sendiri.

Soalan Kedua:-
KENAPA BERADA DI SINI?

DIALOG A
Q : kenapa nak belajar silat?
P : nak pertahankan diri...
Q : Dalam keadaan apa?
P : biala ada orang nak serang

DIALOG B
Q: Kenapa nak masuk GM?
P: nak carik kebal...nak maen jurus...
Persoalan ini berlu difikirkan dengan dicari sendiri jawapan yang sebenarnya.

Soalan Ketiga :-
UNTUK APA BERADA DI SINI?
Belajar? mengajar? Menguji? Saja saja masuk..? Ntah...tak tahu la kenapa....
Maka FIKIRKANLAH siapa, kenapa dan untuk apa tadi.

kalau TAK TAHU...TANYA...
Kalau TAK JUMPA....CARI
kalau SESAT...BALIK KE PANGKAL JALAN
kalau KELIRU...DUDUK TAFAKUR....RENUNG DALAM DALAM...TANYA HATI TANYA DIRI