Seperti mana kebanyakan anak anak muda di Batu Pahat kami dibesarkan dengan kisah kependekaran dan kepahlawanan tentera Selempang Merah , dan almarhum datuk saya sendiri adalah salah seorang dari mereka.
Mungkin darah mistik yang ada pada beliaulah yang menjadikan saya seorang yang sukakan perkara kebatinan.
Seawal usia 13 tahun saya telah menamatkan persilatan warisan keluarga (agak2 lupa juga ) sebab tidak diamalkan .
Semenjak itu usahah saya tertumpu kepada pencarian KEHEBATAN , pada waktu itu tidak hiraukan sisi apa pun , sebab siapa pun guru yang saya temui semuanya menyuruh kepada kebaikan dan melarang menyalah gunakan ilmu.
Saya pernah bertapa dialam lubuk, tinggal dihutan , dan pelbagai perkara pelik pelik kerana memburu KEHEBATAN dan KESAKTIAN
segala galanya berjalan tanpa sebarang masalah berat selama bertahun tahun, hinggalah pada suatu ketika apa yang saya pelajari terpaksa digunakan.
Adat anak muda bergaduh kerana sebab sebab yang tidak munasabah , begitu juga saya, namun satu peristiwa membuatkan saya agak tersentuh .
Kisah ini berlaku apabila saya cuba menolong seorang kawan yang dikepung puluhan orang , terus terang saya katakan saya tak ingat apa apa bila benda itu terjadi , tiba tiba saya didatangi amuk, dan menurut kata kawan kawan yang lain saya berada dalam satu stage trance atau menurun .
Akibatnya saya telah memukul hingga koma seorang remaja lelaki dalam lingkungan umur 13 atau 14 tahun.
(kes ini telah pun diselesaikan secara baik oleh almarhum datuk )
namun kesan dari peristiwa itu amat menyentuh perasaaan , apa terjadi sekiranya remaja itu meninggal dunia?
selepas itu saya nekad meninggalkan dunia KEBATINAN dan mula memburu ilmu kerohanian , namun jiwa mistik tetap tebal , maka yang dicari pada kali ini juga agak tersasar .
Saya mula diperkenalkan dengan ilmu pukulan jarak jauh , dan juga ilmu rawatan . tetapi hati masih tidak merasakan ini adalah jalan yang paling baik, pastinya ada yang lebih tinggi.
Pada awal tahun 1999 saya terbaca satu iklan di majalah beladiri tempatan , dari sebuah perguruan yang menawarkan kursus dan pekerjaan tetap sebagai Jurulatih silat .... entah kenapa saya rasa terpanggil dengan iklan tersebut.
maka bermulalah perjalanan saya ke Kuala Lumpur , yang belum pernah saya jejaki sendirian , hanya keranan sebuah iklan
Setelah setahun ujian demi ujian menimpa dalam pelbagai bentuk , namun bila berada di Pusat Latihan di Bukit Tinggi Bentong Pahang jiwa saya rasa tenteram dan aman .
Akhirnya saya temui apa yang saya cari .... bukanlah kebatinan, bukan kehebatan dan kesaktian tetapi KESAKSIAN bahawa :
Hanya Allah Yang Layak disembah dan Muhammad itu Pesuruh Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan