Segalanya bermula dengan evolusi sikap mencabar apa sahaja yang ada dalam proses belajar. Proses ini masih lagi dilakukan oleh sesetengah manusia.
Ribuan tahun mereka berkata gempa bumi itu adalah apabila raksasa gorgon menggaru badan nya.
Mitos gempa bumi tsunami, gerhana segalanya sesuai dengan ketamaduna manusia dizaman itu.
Tetapi di abad ini muncul pula golongan yang cuba membenarkan apa yang telah dipercayai dan dibuktikan tanpa bukti kukuh dan nyata. Hanya berbekal Google .
Malah lebih bagusnya muncul puak yang menggunakan agama sepenuh penuhnya untuk mengiakan pendapat dan halusinasi dalam diri berkenaan macam macam.
Paranoid ditanam dalam jiwa. Sekali pandang ia adalah kegusaran yang berasas tapi bila dihalusi, ia tak lebih sekadar peluru peluru musuh dalam perang akidah dan kepercayaan.
Kembalilah ke zaman Gua Tempurung.
Sabtu, 14 Julai 2018
Akibat terlalu bijak
Akibat terlalu bijak
Segalanya bermula dengan evolusi sikap mencabar apa sahaja yang ada dalam proses belajar. Proses ini masih lagi dilakukan oleh sesetengah manusia.
Ribuan tahun mereka berkata gempa bumi itu adalah apabila raksasa gorgon menggaru badan nya.
Mitos gempa bumi tsunami, gerhana segalanya sesuai dengan ketamaduna manusia dizaman itu.
Tetapi di abad ini muncul pula golongan yang cuba membenarkan apa yang telah dipercayai dan dibuktikan tanpa bukti kukuh dan nyata. Hanya berbekal Google .
Malah lebih bagusnya muncul puak yang menggunakan agama sepenuh penuhnya untuk mengiakan pendapat dan halusinasi dalam diri berkenaan macam macam.
Paranoid ditanam dalam jiwa. Sekali pandang ia adalah kegusaran yang berasas tapi bila dihalusi, ia tak lebih sekadar peluru peluru musuh dalam perang akidah dan kepercayaan.
Kembalilah ke zaman Gua Tempurung.
Sabtu, 17 Februari 2018
THE BLIND HEART
Rabu, 21 Jun 2017
Cave dweller state of mind.
Perhaps it is true that everything goes around comes around, maybe its true that the world earth has come full circle.
Just look around and you will see how some of the thinking so called evolved into plain stupidity.
The quest is not to improve but to disaprove.
Its back to basic cave dweller state of mind ...
Rabu, 19 April 2017
aku dan perjuangan
bersawang blog setahun tak jengah
......................
sekadar catatan catatan minda dalam setahun kebelakangan ini macam macam berlaku,
mungkin aku pernah certiakan kenapa dan mengapa aku hadir disini dan kenapa dan mengapa aku masih ada disini
Jawapan mudahnya ialah kerana aku berjuang kerana Allah untukNya dan demiNya itu matlamat utama,
sesetengah orang hanya berkata sekadar retorik , tapi hakikatnya yang dikejar keduniaan semata mata , ini dapat dilihat dari sikap dan tindakan tidak mahu membuat sesuatu yang tidak glamour dan berpaling dari pekerjaan belakang tabir dan juga dari bayang bayang.
buat saja kera jalankan tanggungjawab
Selasa, 10 Mei 2016
seperti biasanya apabila kita buat sesuatu ada ramai yang mengkritik. sikap open to suggestion itu penting tetapi bila kita tetap dengan sikap suka mengkritik, why not this, why not that maka kita sebenarnya mengkritik kelemahan diri kita.
cadangan atau suggestion yang sebenar ialah untuk manafaat semua , bertujuan menambah baik bukan menghalang .
Ahad, 9 Ogos 2015
hari ini kita sentuh tentang hati
masalah hati masalah sikap , theres a fine line between tegas and mengada ngada , point nya mudah je
ketegasan adalah perlu dalam menegak kan apa yang kita fikirkan benar, berhujah dalam mejelaskan kefahaman , tapi apakah kefahaman dan pemikiran kita adalah yang paling tepat dan benar? disinilah perlunya apa yang dipanggil TOLERANSI
apa apa pun yang melampau adalah tidak elok , termasuk juga toleransi, jika terlampau toleransi maka kita akan hidup tanpa garis panduan yang sebenar.
code of life
etika kehidupan
semua ini telah dajarkan oleh sebaik baik manusia yang sepatutnya menjadi contoh dan taulandan bagi seluruh alam
Katimul Anbia Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam .
Rabu, 28 Januari 2015
just a bit of thought
I just cant accept the fact that i am an emphatical person , cos some of the thing have done is truly selfish ...
the i guess the reading is wrong
hahahhahahhahha
welcome to the real world
Sabtu, 3 Januari 2015
Meniti perjalanan
Ahad, 4 Ogos 2013
Kesaktian dan Kesaksian
Seperti mana kebanyakan anak anak muda di Batu Pahat kami dibesarkan dengan kisah kependekaran dan kepahlawanan tentera Selempang Merah , dan almarhum datuk saya sendiri adalah salah seorang dari mereka.
Mungkin darah mistik yang ada pada beliaulah yang menjadikan saya seorang yang sukakan perkara kebatinan.
Seawal usia 13 tahun saya telah menamatkan persilatan warisan keluarga (agak2 lupa juga ) sebab tidak diamalkan .
Semenjak itu usahah saya tertumpu kepada pencarian KEHEBATAN , pada waktu itu tidak hiraukan sisi apa pun , sebab siapa pun guru yang saya temui semuanya menyuruh kepada kebaikan dan melarang menyalah gunakan ilmu.
Saya pernah bertapa dialam lubuk, tinggal dihutan , dan pelbagai perkara pelik pelik kerana memburu KEHEBATAN dan KESAKTIAN
segala galanya berjalan tanpa sebarang masalah berat selama bertahun tahun, hinggalah pada suatu ketika apa yang saya pelajari terpaksa digunakan.
Adat anak muda bergaduh kerana sebab sebab yang tidak munasabah , begitu juga saya, namun satu peristiwa membuatkan saya agak tersentuh .
Kisah ini berlaku apabila saya cuba menolong seorang kawan yang dikepung puluhan orang , terus terang saya katakan saya tak ingat apa apa bila benda itu terjadi , tiba tiba saya didatangi amuk, dan menurut kata kawan kawan yang lain saya berada dalam satu stage trance atau menurun .
Akibatnya saya telah memukul hingga koma seorang remaja lelaki dalam lingkungan umur 13 atau 14 tahun.
(kes ini telah pun diselesaikan secara baik oleh almarhum datuk )
namun kesan dari peristiwa itu amat menyentuh perasaaan , apa terjadi sekiranya remaja itu meninggal dunia?
selepas itu saya nekad meninggalkan dunia KEBATINAN dan mula memburu ilmu kerohanian , namun jiwa mistik tetap tebal , maka yang dicari pada kali ini juga agak tersasar .
Saya mula diperkenalkan dengan ilmu pukulan jarak jauh , dan juga ilmu rawatan . tetapi hati masih tidak merasakan ini adalah jalan yang paling baik, pastinya ada yang lebih tinggi.
Pada awal tahun 1999 saya terbaca satu iklan di majalah beladiri tempatan , dari sebuah perguruan yang menawarkan kursus dan pekerjaan tetap sebagai Jurulatih silat .... entah kenapa saya rasa terpanggil dengan iklan tersebut.
maka bermulalah perjalanan saya ke Kuala Lumpur , yang belum pernah saya jejaki sendirian , hanya keranan sebuah iklan
Setelah setahun ujian demi ujian menimpa dalam pelbagai bentuk , namun bila berada di Pusat Latihan di Bukit Tinggi Bentong Pahang jiwa saya rasa tenteram dan aman .
Akhirnya saya temui apa yang saya cari .... bukanlah kebatinan, bukan kehebatan dan kesaktian tetapi KESAKSIAN bahawa :
Hanya Allah Yang Layak disembah dan Muhammad itu Pesuruh Allah.
Khamis, 1 Ogos 2013
HALA TUJU PERJUANGAN
1- Siapa Kamu ?
2- Kenapa kamu disini?
3- Untuk apa kamu berada di sini?
bermadah panjang berjela, keluarkan hadis dan dalil ayat Al-Quran
tetapi betulkan kamu FAHAM dan MAMPUKAH kamu menjawab 3 soalan tadi?
hakikatnya, sejauh mana REDHA mu? bila DIUJI dengan secebis ujian...
kamu MELATAH...melompat ke sana ke mari membuka langkah.
kerana kita berada di dalam kelompok jemaah pejuang yang unik.
Adakah kamu akan menjawab PEJUANG ALLAH?
jawapan itu terlalu umum dan terlalu luas. Jadi siapa kita? fikirkan....
. Sekarang kita bercerita dalam ruang persatuan dan jemaah Gayong Ma'arifat.
Mengaku ANAK GAYONG MA'ARIFAT tetapi kenalkah kepada AYAH mu? apa SIFAT ayah mu?
Layak dan wajarkah diri anak Gayong Ma'arifat tanpa kenal apa erti Gayong Ma'arifat?
Apa sebenarnya yang diperjuangkan dalam Gayong Ma'arifat selama lebih 17tahun?
Cubalah jawab sendiri.
Rabu, 31 Julai 2013
Kepenatan melampau
Khamis, 25 Julai 2013
Log in
hmmm
tadi YTM Guru Utama ada menegaskan ramai dikalangan jemaah yang sebenarnya mudah patah semangat kerana masalah hati ..
ta benar soal hati sukar di mengerti, hands that rock the cradle can kill
Log in
hmmm
tadi YTM Guru Utama ada menegaskan ramai dikalangan jemaah yang sebenarnya mudah patah semangat kerana masalah hati ..
ta benar soal hati sukar di mengerti, hands that rock the cradle can kill
Ahad, 21 Julai 2013
Hasad dengki
Sabtu, 20 Julai 2013
back to reality
Sabtu, 15 September 2012
Masalah Hati
Ada golongan manusia yang langsung tidak mengambil berat , malah tidak menghiraukan apa pun yang berlaku asalkan tidak mengenai dirinya
pro dan kontra kepada dua golongan ini ialah
golongan pertama akan dikatakan buisy body dan menyibuk tentang urusan orang lain.
golongan kedua pula akan dianggap tidak peka pada kesusahan oranga sekeliling , pentingkan diri sendiri.
Malah terdapat juga golongan yang ingin dirinya disanjung , dan merasa tidak senang bila dirinya tidak diberi penghormatan.
ada juga golongan manusia yang tidak boleh langsung ditegur ...
ini adalah hakikat warna warna kehidupan yang menjadikan diri kita ini berbeza dengan malaikat ... kita tidak maksum malah sentiasa terdedah dalam melakukan kesilapan dan kekhilafan ,
jalan terbaik ialah kita saling bermaafan
Jumaat, 31 Ogos 2012
just a piece of my mind
But I cant it lingers in my mind and haunt my dreams , how can you forget something that does not forget you ... an unforgiving thing.
Its weird though you cannot remember things that are suppose to be remembered , but cannot forget things that should have been forgotten.
so what is it to do?
Just face whatever that come without fear, so be it .....
huh easily said than done
just try , and what doesn't kill you makes you stronger someone say .... whoever he or she is perhaps it is true.
What doesn't kill you makes you stronger ... but if he is strong and you are dead...
so?
whatever .....
Sabtu, 9 Jun 2012
Penawar hati
sebagai contoh seseorang yang kita saya telah meninggal dunia ,
ramai yang menderita sakit rindu sebegini
amalan mudah yang diberikan kepada saya ialah sentiasa mengamalkan setiap kali selepas solat ayat 43 surah Al A'raf sebanyak 7x atau lebih
Ada yang mengajarkan menulis ayat tersebut pada pinggan putih dan dilunturkan dengan air sebelum diberi minum kepada mereka yang mempunyai masalah sedemikian
Wallahu alam
Khamis, 7 Jun 2012
Hidup Dalam Silat
hakikat bergaduh tu normal orang tak belajar bersilat pun bertumbuk gak kat bus stand depan mata saya lagi.
Tapi yang pelik nya ialah apbila ada satu puak dan golongan yang menghukum silat sebagai khurafat dan bidaah , malah to top it all apa apa silat semua berkhadam.
katanya khadam itu akan bertukar menjadi saka dan menyusahkan anak cucu, seterusnya harus pulangkan ilmu itu ke kubur.
Terus terang saya katakan mereka keliru, mungkin salah ambil ilmu dari puak puak kelabu tiba tiba kata macam macam tentang sesuatu yang mereka tak masak pun.
Saya cuba google kan , yang paling best ialah kisah Tok Selehong (kelantan) yang dikatakan handal bermain keris, dan dijadikan bekalan untuknya pergi berguru ilmu agama (sebab terpaksa meredah hutan).
Jika semua silat ada KHADAM JIN maka confirmlah keturunan Tok Selehong ber SAKA .
Ambil contoh diri saya sendiri dizaman remaja saya agak tersasar , join group underground main lagu Blak Metal, solat jarang jarang sekali. Belajar macam macam ilmu mistik tak kiralah putih atau kelabu.
Kemudian saya ditemukan dengan seorang guru tauhid yang mendidik saya jalan ketuhanan saya belajar selama setahun.
Selepas itu saya menyahut cabaran dari Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia untuk menjalani kursus jurulatih (tahun 1999)
Selepas masuk PSSGMM saya rasa contra dari apa yang dikatakan oleh puak puak ini, katanya orang masuk silat belajar kebatinan akan jadi culas solat, tak khusyuk dan macam macam.
Hakikatnya saya selepas masuk Gayong Maarifat saya menjadi lebih rajin solat, mudah tersentuh bila berzikir, tenang dan merasa diri dekat dengan Allah
Saya nyatakan disini jika semua itu adalah berpunca dari saka dan jin kerana saya menuntut ilmu silat maka saya katakan biarlah sebab saya merasa lebih dekat dengan Allah sekarang, jauh berbeza dari sewaktu saya masih berada diluar PSSGMM.




