Sebenarnya saya tidak ingin mencampuri urusan politik, bagi saya politikus adalah manusia yang tidak berbohong tetapi dalam pada masa yang sama tidak berkata yang benar juga.
Namun saya terpanggil untuk menyampaikan satu rasa resah dan gelisah tentang perkembangan politik di Malaysia baru baru ini.
Seluruh umat melayu masakan lupa pada Perjanjian Pangkor atau merenung lebih jauh lagi kedalam lipatan sejarah kepada kejatuhan empayar agung Melaka.
Apabila kuasa dan juga penguasaan menjadi matlamat dan tujuan. Semua orang boleh berkata "aku pejuang" dan memperjuangkan pendapat dan ideologi masing masing
Malaysia adalah sebuah negara yang agak bebas dalam bersuara kecualai perkara perkara yang sensitif yang boleh menggugat kestabilan perpaduan pelbagai etnik yang selama ini hidup dan mencari kekayaan dimuka bumi Tanah Melayu ini.
Adalah sesuatu yang agak pelik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mana penduduknya terbilang juga dengan kesenangan, majoriti penduduk Malaysia memiliki pelajaran dan kadar kenal huruf yang tinggi.
Namun adalah menyedihkan apabila kita tidak pernah berasa PUAS dengan apa yang kita ada, berapa kalikah kita bersyukur kita dapat makan roti canai sambil menonton M.U lawan Chelsea di restoren mamak pada dinihari, kita masih melihat Malaysia dan kerajaan nya sebagai sebuah negara yang mengamalkan rasuah.... pemimpinya zalim dan lain lain.
Namun jika dibandingkan dengan negara lain?
Memang benar banyak yang boleh diperbaiki , namun jika cara memperbaiki itu terpaksa menjahanamkan apa yang kita kenal dan sayang selama ini maka berbaloikah pembaikan itu?
Entah lah bercerita pasal politik berkurun pun tidak akan ada penamat namun di ikrarkan kami penwaris dan pengamal silat Melayu, jangan sampai negara tergadai, jangan sampai Raja yang kami sayangi tiada lagi dan jangan sampai tiada gema Azan berkumandang di udara , hanya dari corong corong radio ...
Isnin, 30 April 2012
Jumaat, 27 April 2012
tak da tajuk
Berforum adalah salah satu past time yang aku suka , sbb dalam forum kita boleh dapat ramai kawan, aku suka bertukar tukar pendapat dan ilmu denga cara yang matang dan bijaksana.
Tapi tak satu pun forum yang aku masuk yang aku tak dapat musuh gak... adohaiiii penat nye pun tu .
Apalah masalah orang orang malaysia ni
kebanyakan Forum yang aku masuk adalah yang berunsur islamik
tetapi segelintir warga forum nya memang lebih sikit islamik dari yahudi.
Bercerita bab hakikat tinggi tul..
Bagi aku untuk mu dunia mu untuk ku dunia ku...
Jaga kitab amalan masing2 lagi elok...
Heheheeheh
Khamis, 26 April 2012
Bertanggungjawab atas tuduhan
kita manusia , yang mebezakan diri kita dengan binatang ialah akal yang dikurniakan Allah. tetapi akal itu dikurniakan bersama kontrak sebagai khalifah muka bumi.
manusia seringkali terlupa bahawa kita adalah insan yang lemah dan manusia juga serig terlupa bahawa diri itu tidak lah bijak dan tidak pula bodoh.
persoalan kita sering terjadi menuduh sesuatu tanpa fikir panjang.
baru baru ini ada satu puak yang terlalu amat fobia dengan fremason, habis semua dikatakan lambang masonic , hatta duit syiling baru dan lambang kijang bak negara pun dikatakan masonic
hakikatnya dakyah sebenar zionis dapat dilihat dengan mata kepala dan amatlah jelas
pecakaran politik, keruntuhan moral tidak disebabkan oleh lambang star of david pada syiling 10 sen.
begitu juga dengan puak puak yang terlalu amat fobia dengan benda ghaib
sana jin sini jin, pelik sikit saja jin, bila orang lain sikit
"wh ko kawan dengan jin ni... taubatlah'
kenapa terjadi begitu?
kerana mind set orang kita memang begitu, menghukum tampa meneliti.
manusia seringkali terlupa bahawa kita adalah insan yang lemah dan manusia juga serig terlupa bahawa diri itu tidak lah bijak dan tidak pula bodoh.
persoalan kita sering terjadi menuduh sesuatu tanpa fikir panjang.
baru baru ini ada satu puak yang terlalu amat fobia dengan fremason, habis semua dikatakan lambang masonic , hatta duit syiling baru dan lambang kijang bak negara pun dikatakan masonic
hakikatnya dakyah sebenar zionis dapat dilihat dengan mata kepala dan amatlah jelas
pecakaran politik, keruntuhan moral tidak disebabkan oleh lambang star of david pada syiling 10 sen.
begitu juga dengan puak puak yang terlalu amat fobia dengan benda ghaib
sana jin sini jin, pelik sikit saja jin, bila orang lain sikit
"wh ko kawan dengan jin ni... taubatlah'
kenapa terjadi begitu?
kerana mind set orang kita memang begitu, menghukum tampa meneliti.
Khamis, 19 April 2012
Dakwah
Setiap orang adalah dituntut untuk menyampaikan kebenaran sesuai dengan Firman Allah dalam surah Al Asr ayat yang bermaksud
Demi Masa . Sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian . Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan pesan kepada kebenaran dan berpesan pesan kepada kesabaran.
Dalam menyampaikan yang Haq kadang kala kita terlupa akan bats dan sempadan dalam menyampaikan , kerana sesungguhnya Syaitan tidak akan berdiam bila kita berjalan kejalan kebenaran.
Manusia yang menjadi penyampai seringkali terlupa hakikat kenapa dan mengapa kebenaran itu harus disampaikan , dan yang paling menyedihkan ialah apabila kita terlupa kita dalam pada menegur kita menyakiti hati orang lain.
Mungkin kita boleh berkata apa sahaja dibolehkan dalam berdakwah dan menyampaikan yang Haq , tetapi bila kita renung renung kembali ayat terakhir dari surah Al Asr itu maka seharusnya kita juga dapat menyedari hakikat kesabaran itu juga penting .
Sebaik baiknya kita mengelak kan diri dari menyakiti hati orang lain, sesuai dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah maksudnya
"Sesiapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya samaada berupa kehormatan badan atau harta atau lain lain nya , hendak lah segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta, dan dinar atau dirham, jika dia punya amal soleh , maka akan diambil menurut penganiayaan nya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan) maka diambilkan dari kejahatan orang yang di aniaya itu untuk ditanggung kepadanya."
kesimpulan dari hadis tersebut dapat kita perhatikan betapa beratnya kesalahan menyakiti sesama Islam .
satu lagi hadis yang hampir sama diriwayatkan oleh muslim bermaksud
Rasulullah bertanya kepada para sahabat; "Tahukah kamu siapakah orang yang muflis? Sahabat menjawab: "Orang yang muflis ialah orang yang tidak mempunyai wang maupun harta benda " Lalu Rasulullah bersabda : "Sebenarnya orang yang muflis dikalangan umat ku ialah orang yang pada hari kiamat dia datang dengan membawa pahala amal solat, puasa zakat dan haji tetapi semasa didunia mereka pernah mencai maki orang, menuduh tanpa bukti ,memakan harta dengan zalim,membunuh dan memukul sesuka hati , lalu pada hari kiamat orang yang dizalimi akan menerima pahala amal penzalim. dan jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya didunia kepada orang yang tidak berdosa ,masih banyak maka Alllah SWT akan memberikan pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya (penzalim) sehingga semakin berat bebanan nya lalu Allah campak kan dia kedalam neraka."
Dalam satu kisah ada disebutkan perihal seorang sahabat yang memberikan seluruh hartanya kepada orang yang telah mengumpatnya,
Betapa ruginya segala amal kebajikan diberikan Allah SWT kepada orang lain dan tinggal lah kita muflis di Akhirat.
maka dengan itu haruslah kita berhati hati dalam berkata kata mungkin bagi kita ianya hanyalah sebagai bahan lawak atau sebagai gurauan, tetapi kita tidak sedar sebenarnya kita telah menyakiti hati sesama muslim,
Wallahu Alam
Rabu, 4 April 2012
Peluang pekerjaan
JURULATIH SILAT GAYONG MA'ARIFAT / PENGAWAL PERIBADI /
PETUGAS KHAS
KELAYAKAN
TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT ( AHLI DAN BUKAN AHLI ).
LELAKI DAN PEREMPUAN.
BERUMUR 18 TAHUN KEATAS.
BERKETERAMPILAN YANG KEMAS
MENJALANI LATIHAN LENGKAP PERSILATAN DAN KEJURULATIHAN GAYONG MA'ARIFAT SELAMA
6-12 BULAN.
ELAUN SEMASA LATIHAN
GAJI TETAP : RM800 RM1,500.00 SEBULAN.
PENGAMBILAN : SEGERA.
ASRAMA, MAKAN DAN MINUM DISEDIAKAN.
TEMPAT : PUSAT LATIHAN TERTINGGI PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT
MALAYSIA, KAMPUNG BUNIAN, BATU 18, JALAN LAMA BENTONG - K. LUMPUR, BUKIT
TINGGI, BENTONG, PAHANG.
TEMUDUGA : LOT 11-2, JALAN MELATI UTAMA 4, MELATI UTAMA, 53100 SETAPAK, KUALA
LUMPUR
SILA HUBUNGI :
DATUK RAHMAT 017-322 1007
DATUK GEMPITA ALAM 013-449 5836
DATUK BIJA SURA 014-590 7927
KELAYAKAN
TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT ( AHLI DAN BUKAN AHLI ).
LELAKI DAN PEREMPUAN.
BERUMUR 18 TAHUN KEATAS.
BERKETERAMPILAN YANG KEMAS
MENJALANI LATIHAN LENGKAP PERSILATAN DAN KEJURULATIHAN GAYONG MA'ARIFAT SELAMA
6-12 BULAN.
ELAUN SEMASA LATIHAN
GAJI TETAP : RM800 RM1,500.00 SEBULAN.
PENGAMBILAN : SEGERA.
ASRAMA, MAKAN DAN MINUM DISEDIAKAN.
TEMPAT : PUSAT LATIHAN TERTINGGI PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT
MALAYSIA, KAMPUNG BUNIAN, BATU 18, JALAN LAMA BENTONG - K. LUMPUR, BUKIT
TINGGI, BENTONG, PAHANG.
TEMUDUGA : LOT 11-2, JALAN MELATI UTAMA 4, MELATI UTAMA, 53100 SETAPAK, KUALA
LUMPUR
SILA HUBUNGI :
DATUK RAHMAT 017-322 1007
DATUK GEMPITA ALAM 013-449 5836
DATUK BIJA SURA 014-590 7927
Langgan:
Catatan (Atom)