Sebenarnya saya tidak ingin mencampuri urusan politik, bagi saya politikus adalah manusia yang tidak berbohong tetapi dalam pada masa yang sama tidak berkata yang benar juga.
Namun saya terpanggil untuk menyampaikan satu rasa resah dan gelisah tentang perkembangan politik di Malaysia baru baru ini.
Seluruh umat melayu masakan lupa pada Perjanjian Pangkor atau merenung lebih jauh lagi kedalam lipatan sejarah kepada kejatuhan empayar agung Melaka.
Apabila kuasa dan juga penguasaan menjadi matlamat dan tujuan. Semua orang boleh berkata "aku pejuang" dan memperjuangkan pendapat dan ideologi masing masing
Malaysia adalah sebuah negara yang agak bebas dalam bersuara kecualai perkara perkara yang sensitif yang boleh menggugat kestabilan perpaduan pelbagai etnik yang selama ini hidup dan mencari kekayaan dimuka bumi Tanah Melayu ini.
Adalah sesuatu yang agak pelik kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mana penduduknya terbilang juga dengan kesenangan, majoriti penduduk Malaysia memiliki pelajaran dan kadar kenal huruf yang tinggi.
Namun adalah menyedihkan apabila kita tidak pernah berasa PUAS dengan apa yang kita ada, berapa kalikah kita bersyukur kita dapat makan roti canai sambil menonton M.U lawan Chelsea di restoren mamak pada dinihari, kita masih melihat Malaysia dan kerajaan nya sebagai sebuah negara yang mengamalkan rasuah.... pemimpinya zalim dan lain lain.
Namun jika dibandingkan dengan negara lain?
Memang benar banyak yang boleh diperbaiki , namun jika cara memperbaiki itu terpaksa menjahanamkan apa yang kita kenal dan sayang selama ini maka berbaloikah pembaikan itu?
Entah lah bercerita pasal politik berkurun pun tidak akan ada penamat namun di ikrarkan kami penwaris dan pengamal silat Melayu, jangan sampai negara tergadai, jangan sampai Raja yang kami sayangi tiada lagi dan jangan sampai tiada gema Azan berkumandang di udara , hanya dari corong corong radio ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan