TKS Datuk Paduka Dr Azam Zulkifli Al Qadiry , Guru Utama dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia(PSSGMM) beserta Ahli ahli Dewan Perguruan dan Adat Istiadat PSSGMM, ahli ahli Majlis Tertinggi PSSGMM, para gurulatih dan seluruh ahli PSSGMM diseluruhMalaysia telah sebulat suara menyatakan kekesalan dan sekeras keras bantahan terhadap kenyataan pemimpin parti politik yang secara terang terangan menyokong perjuangan komunis.
Berikut adalah kenyatan rasmi oleh YTM TKS Datuk Paduka Dr Azam Zulkifli Al Qadiry , Guru Utama, Pengasas dan Ketua Dewan Perguruan dan Adat Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.
Kami bagi pihak PSSGMM menyatakan kebencian terhadap sikap para pemimpin parti politik yang bersikap munafik dan mengeluarkan kenytataan yang berputar belit dengan tujuan hanya untuk mendapatkan kemenangan politik.selepasa mendapat kutukan masyarakat sikap beliau berubah dan bertindak menyokong keluarga angota keselamatan yang dituduh dan di caci beliau.
Sikap ini adalah sikap bermuka muka seperti ketua para munafik dizaman Rasulullah bernama Abdullah bin Ubaay.
Memang kerajaan ada mentafsirkan beberapa pejuang radikal melayu seperti Ahmad Indera, Ahmad Boestaman, samsiah Fakeh dan lain lain sebagai pejuang kemerdekaan. Tetapi cara kekerasan yang dibawa oleh mereka ditolak masyarakat.
Semua orang tahu kemerdekaan Tanah Melayu dicapai melalui rundingan dan diplomasi Tunku Abdul Rahman dan rombongannya di London. Sikap seperti inilah yang menyebabkan Tanah Melayu tenang , aman, makmur sehingga kini.
Rakyat memerlukan pemimpin Melayu yang bijak dan tidak beremosi serta tidak tunduk kepada desakan orang lain.
Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat menyeru masyarakat supaya berfikiran matang dan tidak terpengaruh dengan anasir anasir yang pastinya akan menggugat kestabilan negara dan kerukunan hidup masyarakat Malaysia
Marilah kita bersyukur dengan keharmonian dan kekayaan yang telah kita capai , sila lah renung dan pandang negara negara disekeliling kita, Indonesia, Thailand, Philipina, bagaimanakah keadaan kehidupan mereka.
Mengapakah kita tidak mahu bersyukur dengan nikmat keharmoniah hidup yang kita kecapi, lihatlah sekeliling kita rakyat negara luar berebut rebut datang ke bumi emas ini (semenanjung emas atau Golden Cherosones) tetapi rakyatnya pula ber lumba lumba untuk menghancurkan nya.
Sedarkah kita berapa beruntung dan bertuah nya kita?
Sedang rakyat di sesetengah negara kebuluran , kita masih mampu makan dengan kenyang , Jika kanak kanak di sesetengah negara tidak tahu membaca dan menulis malah hanya bermimpi untuk kesekolah, tetapi anak anak kita telah pandai melayari internet.Di sesetengah negara lain penyakit dan wabak menular saban tahun, disini kita hanya membayar RM 1 untuk mendapat bekalan ubat.
Marilah buka lembaran sejarah ( mereka tidak mempercayai sejarah, mereka mengatakan sejarah ditulis oleh musuh musuh politik mereka) tetapi siapa dapat menyangkal penjajahan Portugis ,Belanda, Inggeris dan Jepun serta pemerintahan 14 hari MPAJA (komunis)
Mengapa Kerajaan Melaka yang gagah jatuh ke tangan Portugis?
Kerana Melayu berpecah belah berebut jawatan Bendahara.
Mengapa terjadinya perjanjian Pangkor?
Kerana Melayu berpecah belah berebut bijih timah.
Kerana ingin melawan Inggeris orang Tanah Melayu berpaling ke Jepun dengan slogan Asia for Asian.. akhirnya orang Melayu makan ubi kayu, jadi buruh paksa untuk membuat landasan kereta apidan berapa ramai pula hilang kepala dek hayunan pedang samurai Jepun?
Kerana ingin me lawan British orang melayu menyertai Komunis dan akhirnya hanya 14 hari sudah cukup untuk menilai kekejaman Komunis, berapa ramai yang jadi korban?
Mengapakah Komunis pula dikatakan pejuang kemerdekaan?
Komunis melawan British untuk menegak kan sebuah negara Komunis diTanah Melayu. Cuba bayangkan jika perjuangan itu disokong penuh oleh penduduk Tanah Melayu dan berjaya. Cuba bayangkan Malaysia adalah sebuah negara komunis.
Kenyataan ini amatlah tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Bagaimanakah manusia yang berbelit belit kenyataan nya seperti ini mahu di angkat sebagai Ulul Amri?
Sekali lagi Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia menyeru kepada semua , berfikirlah dengan akal yang dikurniakan Allah, janganlah terpengaruh golongan munafik yang terang terangan bertindak melakukan apa sahaja untuk menang pilihan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan