Jumaat, 23 Disember 2011

kelahiran orang baru dalam hidup


pada 16 /12/ 2011 bersamaan jumaat 20 muharam 1433 pada jam 1754 telah lahir seorang puteri yang melengkapi keluarga ku,
pelbagai dugaan sepanjang sebulan sebelum kelahirannya , isteriku terpaksa dimasukkan ke wad beberapa kali,
akhirnya pada hari itu walaupun terpaksa menjalani pembedahan, lahir juga Putri Arianur Lailasari...

Khamis, 10 November 2011

dugaan dan ujian

bermula dari 31 oktober hinggalah kepada 4 november , kesabaran diuji dengan berat sekali, pada ketika ini tahulah aku apa ertinya pengorbanan

Rabu, 12 Oktober 2011

Soal Hati


Pada bulan febuary tempohari aku diberi cuti panjang ,aku mampu berehat sebagai orang biasa yang tak punya apa apa tanggungjawab melainkan kepada diri dan keluarga.
jika difikirkan perasannya memang amat pedih, masalahnya bukan sebab kenyataan tetapi kerana sikap, bagaimana anak yang dididik tiba tiba meludah muka anda kembali.
tetapi aku bahagia dengan keadaan hidup tanpa tanggungjawab, aku tak perlu fikir tentang kerenah dan pening kepala mentadbir.
namun kedamaian dalam percutian yang aku rasa kekal rupanya tak sampai kemana.
sekali lagi aku diberi tugas, kali ini ke pantai timur pula,
namun aku risau, sebab ramai orang yang sebenarnya inginkan aku "pergi jahanam" dan 'pergi mati'
mampukah aku membawa kebaikan sedangkan aku adalah Dewa Kesesatan.
mampukah aku memikul tanggungjawab ini, sedangkan aku adalah makhluk hina yang berdosa.
sebenarnya aku sedar kenapa mereka inginkan aku 'pergi jahanam' jika difikirkan bukan semata mata kerana ajaran kesesatan yang aku bawa tetapi kerana imej dewa kesesatan yang mereka nampak.
manalah mampu untuk aku menolak sesuatu yang tidak ku pinta, ramai orang yang kata aku gila kuasa. kenapa aku berada disini adalah kerana aku tak mahu orang lain jadi macam aku.
tapi orang kebanyakannya nak mengikuti aku tapi aku balik dipersalahkan kerana menjadi diri aku sendiri, kerana melalui perjalanan kehidupan aku sendiri,
aku berada didalam dilema dua pilihan ,
antara kau terus jadi diri aku atau aku harus jadi munafik?
maka aku pilih jalan yang aku rasa dan pasti benar...
Demi Allah Yang Maha Agung aku akan tetap dengan diri aku yang sebenar, kalau mereka kata pakai kopiah , pakai serban , aku kata jika benda tu wajib insyaalah aku pakai.
Sesungguhnya bagi mereka yang mengenal aku 15 tahun yang lampau macam tu juga sekarang, pakaian tidak mungkin dapat menjadikan seseorang itu lebih baik dari yang lain, pandangan mulia hanya pada sisi manusia manusia munafik.
Tingkat amal dan Iman hanya diketahui oleh Allah...
... disamping itu berlaku hal yang jika para munafik ini berada ditempat ku pastinya mereka akan kata guru utama sesat....
sejujurnya aku juga berada dipersimpangan selama beberapa hari, memikirkan dan menelah serta bertafakur dan munajat kepada Allah, apakah aku berada dijalan yang benar,
Maka jawapannya , aku setia pada yang Satu , Yang Esa, ...jalan perjuangan ku ialah Nur Syahadah, dan tapak perjuangan ku ialah Gayong Maarifat.
Jadi Guru akan silih berganti tapi perjuangan tetap terus, aku nak membenci atau meragui beliau? aku bukan orang yang tak kenang jasa, ku ulang sekali lagi aku bukan orang yang tak kenang jasa.
satu ciri yang pada aku tak da pada hati para munafik.

Who Are you.......... im a slave
why are you here.....to do whatever My Master and Creator bid me to do
where are you to go..Immortal life ..
Innalilahi wa inna ilahi rajiun.

Wallahu alam


Khamis, 6 Oktober 2011

hikayat Tanpa Tajuk Part 2

Hikayat kitab tanpa tajuk

bahagian kedua

suria terbenam diufuk barat

langkah disusun semakin berat

membawa duka yang kian sarat

cuba terima takdir tersurat


Panglima Bayu gagah perkasa

terkenal sifatnya taat dan setia

teguh menjunjung segala kata

walaupun berat akan dikota


hakikat dirinya manusia biasa

tiada terlepas perasaan cinta

rela berkorban kerana kasihnya

dan itulah yang berlaku kepada dirinya


Panglima Bayu terkorban sudah

tiada mampu mencegah balah

negara aman bermandi darah

namun sang Puteri tiada endah


Bila terkenang pujaan hati

kalung dileher bagaikan sakti

permata bersinar tiada seri

bagai bersedih sama se hati


negara gagah dahulu megah

kini terus menumpah darah

keamanan hanya pada yang gagah

yang lemah pula terpaksa pasrah


Sinar Syahadah sudah dilupa

rayat jelata kembali leka

kembali menyembah mengharap pula

kabus yang gelap menutup mereka


Sang Puteri masih berkabung duka

makan dan minum juga dilupa

terkejut bila muncul gurunya

Petapa Agung guru tercinta


“wahai anaknda puteri gagah,

pada janji mu lupa kah sudah,

negeri ini terus berbalah,

pulanglah anaknda mengambil kisah”


“paduka guru yang beta kasihi,

bukan anaknda terlupa diri

sekadar mengubat luka dihati

pedihnya sangat tidak terperi"


“wahai anaknda ingat selalu,

tak mampu kita mengundur waktu,

perkara terjadi telah berlaku,

mengapa mesti membuang waktu”


tiada berganjak walau dipujuk

masih mengikut hati merajuk

kesedihan tiada dapat disorok

hasrat dihati ingin mengamuk


Melihat puteri semakin gundah

Petapa Agung dapat menelah

dengan saktinya puteri pun rebah

hanya begitu musibah dicegah


sebelum puteri lena beradu

puteri bersumpah didalam kalbu

bangkitlah diriku didunia baru

lupa kan aku asal usulku.


Disuatu masa didunia berbeza

lahirnya puteri bukan putera

ayah dan bonda tetap terima

walau dihati rasa kecewa.


Puteri membesar bersama naluri

hingga remaja tiada mengerti

apakah maksud segala mimpi

setiap malam mendamping diri


diri terasa sesuatu yang tiada

naluri mencari meronta ronta

puas bersoal puas bertanya

jawapan yang pasti tiada juga


setelah diri meningkat dewasa

beralih dari alam remaja

mengerti diri amatlah berharga

Puteri Seri Dewi lahir semula


Lahirnya kini berkongsi jasad

diri sebenar tak dapat dilihat

sejarah hidup tiada diingat

hanya firasat yang tiada tepat


dirinya terus diulit sepi

mengapa terjadi tiada mengerti

resah gelisah setiap hari

cinta sejati masih dicari


disuatu sudut dunia yang sama

kisah yang lama telah dilupa

namun hatinya menyimpan rahsia

berharap selamat insan tercinta


hidup nya kini didunia baru

tidak lah lagi seperti dahulu

segala yang terbina menjadi debu

sirna bersama hembusan bayu


namun hati nya tetaplah teguh

mengembang syahadah menempuh geruh

cara sendiri menerapkan patuh

namun hati nya tiadalah rapuh


takdir berada ditangan tuhan

kehendakNya tak dapat ditahan

bertemu kembali dua insan

bagaikan sakti memenuhi impian...


hakikat berlaku tiada diduga

kalung pusaka kembali bercahaya

kesan pertemuan tiada dijangka

hikmah kembara merentas dunia


Segala kisah telah terurai

pertemuan kembali menyingkap tirai

hakikat diri kini terlerai

telah diramal si bijak pandai


kisah berterusan ....

hinggalah kepada suatu ketika dan masa ia dtamatkan oleh Allah Azawajalla, nukilan ini dari sebuah kisah tidak bernama dari sebuah kitab yang tidak bertajuk.

Hamba abadikan ia sebgai Hikayat Sang Puteri

Ahad, 2 Oktober 2011

Jumaat, 30 September 2011

Ancient secrets di UMP Pekan Pahang





seminar pertama Ancient Secrets (rahsia tafakur Melayu ) di Universiti Malaysia Pahang
29 september 2011

Selasa, 27 September 2011

Jawapan

Kilau Petir memancarkan Murka
Ku cari jawapan tentang Dia
Di Usia muda ku tangisan dan dosa
titisan darah dan rintihan jiwa
menjadi teman mencari jawapan

dari soalan dan jawapan
dari keterangan berjela jela
tidak pernah ku temui
kebenaran yang ku cari

yang ada hanyalah sampah
yang memenuhi madah
madah madah menyesatkan
insan yang kurang pedoman

yang ada hanyalah mimpi
tentang diri tentang budi
yang benar benar berbakti
dalam mengejar pelangi

namun kasihNYa abadi
setelah jalan itu ku temu
walau payah dan perih
likunya ku susur jua

Dan jawapan yang ku cari
tiada lagu bererti
bagai jalur jalaur pelangi
yang indah namun tiada pernah abadi


Jumaat, 16 September 2011

Adakah Tuhan itu ADA?

Jika dia ADA mengapakah segala macam penderitaan berlaku. Bahkan orang orang yang percayakan tuhan lah yang paling ramai menderita,
jawapan nya
Manuso dilahirkan sifatnya cukup, ada akal dan ada hati
bilakah kali terakhir anda fikir ....
bilakah kali terakhir kita merasa....
Tuhan itu ada ...manusia adalah ciptaannya yang paling baik dan mulia, dijanjikan syurga dan neraka, atas perbuatan buruk atau baik didunia ini.
segala gala nya terpulang kepada manusia, baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. hidup bukan kekal didunia ...jika kehidupan abadi itu tidak ujud maka Tuhan tidak layak disembah kerana bersifat lemah.

Isnin, 12 September 2011

The Way Of The Warrior

Malay are an ancient race of the Archipelego, world renown for the spirit and culture,

Henry the Black or Enrique or his malay name Panglima Awang is the first captain to circle the globe,

even though his achivement did not reconise by the west but his name is proudly spoken ni the Malay world.

Another aspect that make Malay a once feard and respectable race is the way of the warrior an un written code that proudly embrace by all malay. What actualy is this code? with respect it is very similar to the famous Japanese creed The Code Of Bushido but unique in its own way , similar but difrent.

Malay art of warrior is Silat, in the veiw of un trained ayes it is just a plain martial art or an art of combat. but more than that silat is the way of life the very soul an root of malay race itself. One who embrace silat is consider true malay, a malay man who does not know silat is consider an outsider or uncomplete malay.

Nowadays silat is consider by most malay an out of date custom, worn and tatterd by time, morden malay denounce silat with various so called reason, the most famous of all is ' what fare guns with fist' and ' who will fight with blade in the era of nuclear bom' so it is sad to see an institution of culture, honor and self confident fades away by the so called mordenazation .

Is it true that silat is no longer relevant in the morden age?

The answer varied from a person to another, but to us as direct lineage of this ancient art it stll relevant, let us put it into prespective so all can consider it with the logical mind.

The Way of the warrrior in silat does not only teach about martial art, how to throw kick and punch, how to lock and throw enemies, but the basic is to teach on how to be a modest better person. The true silat mastery teach 'adab' and 'adat' that tied a student to an un written law to make them a better human.

what is adab? litteraly translated into manners, a pesilat ( a student of silat) are bound by silat law to respect elders, piers teachers,and parents. a pesilat also bound by the law of Islam. The adat or culture on clothing and other aspect of silat teaching can truly does wonders to ones personalities.

That is the spiritual element of silat, how about the phisical aspect ?

Silat has endure rigourus chalange for more than 2 millenium, it has enconter thousand of war, upholding and destroying hundred of kingdom so the efectiveness of silat as martial art cannot be denies. but does is realy matters ?

It maters, lets put you in a situation,

you are a proud man of the family, you have your lovely wife and sweet tenage daughter, as a sucessfull person you have a big house fill with all that the morden world had to offer. A group of despered men suddenly able to broke into the tight morden security system you have, you are faced with 8 armed with blade man, despered enough to kill, suddenly they have a change of mind, insted of money and other valueble they set their ayes on your loved ones... what are you going to do?

1. Stand and watch as they do what they pleased with your wife and daughter?

2. Fight and die?

This situation does applies to a pesilat trhe surviving chance are far greater, it is not our intention to put the law enforcer behind but with the ratio of 1:6000 can the police force really be there for you?

so we have put some prespective into veiw, please open your mind and soul and think for awhile

Selasa, 6 September 2011

pendirian PSSGMM

TKS Datuk Paduka Dr Azam Zulkifli Al Qadiry , Guru Utama dan Pengasas Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia(PSSGMM) beserta Ahli ahli Dewan Perguruan dan Adat Istiadat PSSGMM, ahli ahli Majlis Tertinggi PSSGMM, para gurulatih dan seluruh ahli PSSGMM diseluruhMalaysia telah sebulat suara menyatakan kekesalan dan sekeras keras bantahan terhadap kenyataan pemimpin parti politik yang secara terang terangan menyokong perjuangan komunis.

Berikut adalah kenyatan rasmi oleh YTM TKS Datuk Paduka Dr Azam Zulkifli Al Qadiry , Guru Utama, Pengasas dan Ketua Dewan Perguruan dan Adat Istiadat Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia.

Kami bagi pihak PSSGMM menyatakan kebencian terhadap sikap para pemimpin parti politik yang bersikap munafik dan mengeluarkan kenytataan yang berputar belit dengan tujuan hanya untuk mendapatkan kemenangan politik.selepasa mendapat kutukan masyarakat sikap beliau berubah dan bertindak menyokong keluarga angota keselamatan yang dituduh dan di caci beliau.

Sikap ini adalah sikap bermuka muka seperti ketua para munafik dizaman Rasulullah bernama Abdullah bin Ubaay.

Memang kerajaan ada mentafsirkan beberapa pejuang radikal melayu seperti Ahmad Indera, Ahmad Boestaman, samsiah Fakeh dan lain lain sebagai pejuang kemerdekaan. Tetapi cara kekerasan yang dibawa oleh mereka ditolak masyarakat.

Semua orang tahu kemerdekaan Tanah Melayu dicapai melalui rundingan dan diplomasi Tunku Abdul Rahman dan rombongannya di London. Sikap seperti inilah yang menyebabkan Tanah Melayu tenang , aman, makmur sehingga kini.

Rakyat memerlukan pemimpin Melayu yang bijak dan tidak beremosi serta tidak tunduk kepada desakan orang lain.

Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat menyeru masyarakat supaya berfikiran matang dan tidak terpengaruh dengan anasir anasir yang pastinya akan menggugat kestabilan negara dan kerukunan hidup masyarakat Malaysia

Marilah kita bersyukur dengan keharmonian dan kekayaan yang telah kita capai , sila lah renung dan pandang negara negara disekeliling kita, Indonesia, Thailand, Philipina, bagaimanakah keadaan kehidupan mereka.

Mengapakah kita tidak mahu bersyukur dengan nikmat keharmoniah hidup yang kita kecapi, lihatlah sekeliling kita rakyat negara luar berebut rebut datang ke bumi emas ini (semenanjung emas atau Golden Cherosones) tetapi rakyatnya pula ber lumba lumba untuk menghancurkan nya.

Sedarkah kita berapa beruntung dan bertuah nya kita?

Sedang rakyat di sesetengah negara kebuluran , kita masih mampu makan dengan kenyang , Jika kanak kanak di sesetengah negara tidak tahu membaca dan menulis malah hanya bermimpi untuk kesekolah, tetapi anak anak kita telah pandai melayari internet.Di sesetengah negara lain penyakit dan wabak menular saban tahun, disini kita hanya membayar RM 1 untuk mendapat bekalan ubat.

Marilah buka lembaran sejarah ( mereka tidak mempercayai sejarah, mereka mengatakan sejarah ditulis oleh musuh musuh politik mereka) tetapi siapa dapat menyangkal penjajahan Portugis ,Belanda, Inggeris dan Jepun serta pemerintahan 14 hari MPAJA (komunis)

Mengapa Kerajaan Melaka yang gagah jatuh ke tangan Portugis?

Kerana Melayu berpecah belah berebut jawatan Bendahara.

Mengapa terjadinya perjanjian Pangkor?

Kerana Melayu berpecah belah berebut bijih timah.

Kerana ingin melawan Inggeris orang Tanah Melayu berpaling ke Jepun dengan slogan Asia for Asian.. akhirnya orang Melayu makan ubi kayu, jadi buruh paksa untuk membuat landasan kereta apidan berapa ramai pula hilang kepala dek hayunan pedang samurai Jepun?

Kerana ingin me lawan British orang melayu menyertai Komunis dan akhirnya hanya 14 hari sudah cukup untuk menilai kekejaman Komunis, berapa ramai yang jadi korban?

Mengapakah Komunis pula dikatakan pejuang kemerdekaan?

Komunis melawan British untuk menegak kan sebuah negara Komunis diTanah Melayu. Cuba bayangkan jika perjuangan itu disokong penuh oleh penduduk Tanah Melayu dan berjaya. Cuba bayangkan Malaysia adalah sebuah negara komunis.

Kenyataan ini amatlah tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Bagaimanakah manusia yang berbelit belit kenyataan nya seperti ini mahu di angkat sebagai Ulul Amri?

Sekali lagi Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia menyeru kepada semua , berfikirlah dengan akal yang dikurniakan Allah, janganlah terpengaruh golongan munafik yang terang terangan bertindak melakukan apa sahaja untuk menang pilihan raya.

[1]


kadang kala kita melihat dunia dari sudut dan prespektif mata kita sahaja, manlah kita tahu untuk melihat dari mata orang lain. tapi bagaimana jika kita boleh berada dan menyelami hati dan perasaaan orabng lain itu...seronok kan, jadi kita boleh tahu susah senang gembira dan duka orang lain.

bila sang kekasih tiba tiba bermuka masam ... kita tahu apa sebenarnya yang bermain difikirannya.

Ahad, 4 September 2011

Tak faham dan tak mengerti

Beberapa ketika dahulu jika ada yang berkata kepada aku yang gerakan Zionis telah menapak kuat didalam lubuk hati orang melayu maka aku akan bagi orang tu penampar dan sebakul maki hamun.
tetapi merenung kembali peristiwa peristiwa yang berlaku didalam beberapa tahun kebalakangan ini maka aku rasa seolah olah betul pula apa yang dikatakan itu.
Lihat perpecahan orang melayu dan Islam, bukan sahaja di Malaysia tapi diseluruh dunia. betapa sebenarnya rapuh Iman seseorang itu bila sentimen2 bodoh dipermainkan oleh tangan tangan tersembunyi ini.
Yang terbaharu ialah persoalan siapa sebenarnya pejuang kemerdekaan. semua yang berkata kata ingin memenangkan puak masing masing.
Bila bercakap tentang Melayu ada pula yang kata jangan Asobiah bangsa, sebab Islam bukan bangsa, jadi? kenapa pula pakaian padang pasir dikatakan lebih mulia dari baju melayu?
jangan Asobiah bangsa .... Islam adalah Islam... nak cerita panjang aku bukan nya sarjana pun ..cuma orang yang duduk kat tepi dalam keadaan terkebil kebil melihat orang orang pandai iniberhujah dengan hujah hujah bodoh .
Kalo aku ni agen Yahudi maka mudah aku hapuskan bangsa melayu ni sebab dari dulu sampai sekarang perangai sama je, bila Tun Mahathir kata Malay Delima..orang semua pakat kata dia bukan melayu Ori ...
hakikatnya mana boleh disentuh...
Jika disebut orang Inggeris maka semua orang tahu ada bangsa Inggeris dan datang dari England, bila sebut orang arab? Cina ? India? semua ada asal usul...
MELAYU?
apa kan jadi jika tak da lagi TANAH MELAYU?
Orang melayu akan jadi bangsa merempat dibumi sendiri....
bagi makhluk makhluk gila kuasa yang asyik nak sibuk menang pilihanraya tu renungkanlah baik baik... bagaimana kalau diri tu hidup kat somalia dan berpolitik kat sana... kat Libya ke Syiria ke....
Sedarlah puak puak POLITIK ...apa sebenarnya peranan korang dalam membangunkan negara?
Indon, Nepal, Afrika dah makin banyak kat Malaysia ... jangan sampai esok lusa negara terjajah lagi.



hikayat kitab tampa tajuk

Dikhabarkan dalam sebuah kisah

Perkhabaran kitab tampa tajuk

Ramai pendita cuba menelah

Tiada pula dapat petunjuk.


Tersebar khabar sebuah Negara

Rakyatnya makmur aman sejahtera

Naungan luas saujana mata

Berkat bijaknya seorang raja


Negara makmur bukanlah segala

Raja gundah bercampur derita

Negaranya luas tiada terkata

Tiada pewaris kepada takhta.


Takhta bergelar Sanggar Buana

Sebutan ramai kerana daulatnya

Raja bernama Sang Aria Dewa

Ratu Kencana nama surinya


Pewaris gahara hanyalah puteri

Tiga bersaudara indah pekerti

Namun dijaga sepenuh hati

Agar berjiwa bak serikandi.


Puteri sulung mudah dikenali

Ramah dan mesra suka berbudi

Lemah dan lembut itu pekerti

Tersohor nama Seri Puteri


Aria Puspasari

Namanya sejati

Mahir merawat memulih diri

Kerana berguru Tabib Sakti


Puteri kedua keras lakunya

Penjaga kepada dinda dan kandanya

Tangkas bertempur dimedan laga

Terkenal Seri Dewi serikandi perkasa


Aria Nur Nilamsari

Nama diberi buat puteri

Puteri serikandi Seri Dewi

Petapa Putih si guru Sakti


Puteri bongsu berlainan tingkah

Bersikap riang tiada bergundah

Walau datang seribu resah

Seri Mawarni tetap tak kisah


Aria Purnama Sari nama sebenar

Bersilat berubat tiadalah gemar

Walau berbakat tiadalah pintar

Puteri manja kekal lah gelar


Sang Aria Dewa punyai saudara

Sang Aria Sakti bergelar nama

Mengintai takhta sudahlah lama

Didalam diam mula derhaka


Negara berpegang adat purba

Bercampur agama dan puja memuja

Adat dan hukum dianggap sama

Hati mereka sebenarnya gelita.


Ribut Melanda disuatu masa

Perang yang dahsyat menimpa buana

Setiap Negara dilanda musibahnya

Perang berlaku sepuluh tahun lamanya.


Ditengah Buana terletak daerah

Berkecuali dari segala balah

Negara tiada berpaksi arah

Kepada Allah diri diserah


Daerah hanya lah sebuah lembah

Seribu Bayangan nama yang gagah

Disinilah lahir sebenar kisah

Panji Syahadah berkibar megah


Sewaktu perang hebat melanda

Keluarlah ke Buana seorang putera

Waris kepada Petapa Waja

Dewa Tombak itu gelarnya


Tombak bernama Si Bisa Mura

Teman sejati kepada sang putera

Menempa nama disegenap buana

Seorang pendamai yang tiada tara


Wira Agung Gelaran Putera

Tengku Nafaria Sangsapurba sebenar nama

Pewaris takhta kepada ayahanda

Paduka Wira Sangsapurba


Suatu ketika disuatu masa

Malang menimpa tiada dijangka

Disempadan bergolak sebuah Negara

Tewas ia bersama cedera


Tewas bukan kerana lemah

Tangkas nya langkah tiada kan kalah

Licik akal musuh berhelah

Makanan beracun membawa lelah


Disungai Seribu tubuh terkapar

Bila langkah telah tersasar

Tombak dipegang bagai berakar

Sahabat sejati dikala sukar


Takdir bertemu tiga puteri

Tubuh terkapar ditarik kesisi

Luka dirawat berhati hati

Bertanya asal tiada berani


Negara gagah Lindungan Purnama

Terlibat sudah perang saudara

Raja diusir entah kemana

Tinggal puteri penerus takhta


Si Dewa Tombak sedar lah sudah

Namun melangkah belum lah gagah

Asal dan usul mula ditelah

Punca berada dinegara berbalah


12 purnama di kota itu

Seri Puteri telah ditabal ratu

Dewa Tombak diarah membantu

Namun menolak tiada mahu


Paman Derhaka masih mengintai

Satu demi satu musuh terkulai

Menteri yang setia tiada nilai

Yang tiada taat maut melambai


Takdir tidak dapat ditolak

Ia terjadi pada Dewa Tombak

Seri puteri menyampai kehendak

Atas bakti tak dapat ditolak


Adinda nya juga berhajat sama

Namun dirinya belum bersedia

Sifat nya masih bagai remaja

Hanya hatinya telah dewasa


Ditasik lembah seribu bayangan

Aria Nur Nilam sari melabuhkan kenangan

Kedasar tasik dilempar harapan

Bersama punahnya sebuah impian


Aria Sakti hatinya rawan

Kehadiran Putera Seribu Bayangan

Menjadi sukar kepada rancangan

Semua penghalang harus dihancurkan


Tetapi gentar pula dihati

Bila kenal satria sejati

Putera kepada Dewi Nurani

Aria Anjasmara nama sejati


Dewi Nurani berpangkat ibu

Walau telah jauh dipisah waktu

Bersatu moyang pada yang satu

Raja yang agung diwaktu dulu


Maharaja Dewa itu gelarnya

Putera Aria Semarak Pawaka

Maharaja terakhir kepada Negara

Lembah Lindungan Purnama

Selang beberapa ketika masa berlalu

Tersebar kisah didalam sendu

Ratu Puteri sedang gering dikamar beradu

Angkara racun buluh perindu


Mangkatnya Ratu Puteri diratap hiba

Menanti Wira Agung tiada tiba

Ke negeri asal dia kembara

Mencari penawar buat isterinya


Berita diterima di angin lalu

Mangkat nya isteri yang gundah selalu

Kini Seri Dewi bergelar Ratu

Berserah pada takdir dan waktu


Kembali hanya melawat pusara

Tetapi disambut pula oleh berita

Pueri bongsu adinda yang manja

Kini terlantar gering juga


Berangkat pulang si Dewa Tombak

7 Perajurit sama bergerak

Harusnya ditinggal Negara bergolak

Khuatir Seri Dewi geruh nasibnya kelak


Namun Puteri berhati keras,

Jejak kekasih dilihat jelas

Dihujung lembah mengharap belas

Pujuk dan rayu tak memberi bekas


Putera Nafaria Cuma memujuk

Seutas kalung lantas diunjuk

Perginya hanya mencari petunjuk

Agar kedamaian dapat dibentuk


Panglima Bayu Utama diberi tugas

Menjaga ratu sentiasa cergas

Bukan mudah tugas digalas

Namun perintah tak mampu dikilas


Kalung permata seri delima

Ditempa khusus tukang diraja

Buat hadiah kepada dinda

Seri Dewi Ratu perkasa


Kalung dipakai tiada dibuka

Sinarnya pudar tiada cahaya

Tinggal puteri bersama derita

Bersama sumpah didalam jiwa


Pedang kesayangan Pembelah Awan

Ditikam ke batu sebagai kenagan

Bersama sumpah yang dilafazkan

Tiada dicabut sepanjang zaman.


Tinggalah Ratu…..

Berakhir bahagian pertama lembaran kisah dari kitab Tampa tajuk